YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, February 5, 2014

Hari ini..

Hari ini...
something happened at work place today. It was totally my mistake. Betul lah....sabar itu perlu! Tidak sabar + tidak berfikir sebelum bertindak = something bad might happen. Sungguh, aku ini penyabar cuma terkadang kesabaran aku menjadi nipis. Maka, tanpa memikirkan akibat, terus sahaja aku menghukum mereka. Sungguh! Tidak berniat mengguris hati sesiapa. Tetapi syukur, dapat aku pelajari sesuatu daripada hal buruk itu. Sekarang cuma perlu perbaiki kesalahan itu dan jangan diulang kembali.
Terima kasih :)


Hari ini...
dapat pesanan daripada 'seseorang' .. 'Jemput datang' .. kata dia. Ah. Tahniah.. tiada apa-apa perasaan. cuma.. terasa seperti.....entah...tidak percaya mungkin. ha ha. Okay enough. Thanks for inviting by the way.

Hari ini...
tiba-tiba merindui sahabat tercinta, Aisha. tiba-tiba terfikir....jarang aku call dia...jarang aku bertanya kabar dia...jarang..sangat jarang..kerana kebiasaannya, sebelum dia berkahwin, dia akan call saban malam...sebelum tido..bertanya soalan mudah...'awak buat ape harini? macam mana kerja? okay? budak2 nakal tak?' sungguh...hari ini terasa begitu memerlukan soalan begitu...untuk tiba-tiba bercerita, aku malu. 
begitu juga dgn aiffah..kata dia...msg la kalau ada ape-ape..msg la kalau ada masalah....bukan tidak mahu bercerita...cuma...malu...takkan tiba-tiba nk redah....'harini kan keje okay'....tak ke buang tebiat? haha. 

Hari ini...
terasa seperti keseorangan...
aku hanya ada dua sahabat akrab...dan juga beberapa sahabat baru...
 tetapi...untuk tiba-tiba bercerita tentang perasaan. tentang apa-apa sahaja.
aku jadi malu. aku jadi...entah. tidak tahu bagaimana untuk bercerita.
melainkan jika ada yang bertanya.

Hari ini juga...
aku menangis..merintih kepadaNya....
kenapa aku terasa begitu sendiri hari ini ya?
kenapa tiba-tiba aku terasa begitu memerlukan soalan2 itu daripada kawan2 aku ya?
kenapa tiada yang bertanya soalan itu kepada aku?


senyum sampai telinga.
jangan terpedaya dengan bisikan hati.

May Allah bless!
:)


Oh ya, hari ini juga....banyak aku menaip disini! haha

No comments:

Post a Comment